"bagaikan permata, di celahan kaca kerdipnya sukar untuk di bezakan kepadaMu Tuhan, ku pasrah harapan moga tak tersalah pilihan"
detik ini, tika ini,saat ini
aku masih tertanya-tanya..siapakah bakal imamku nanti
berimankan Allah atau berimankan dunia?
berkasihkan agama atau berkasihkan harta?
aku cuma berharap, dia mampu menjadi bintang utara
dan akan menunjuk jalan yang terang
aku tak mahu tersasar lagi
aku tak mahu berpaling lagi.
dan memang, hati ku bukan untuk di kecewakan lagi
buat bakal zauji yang di kasihi dan di hormati..
aku masih sendiri, dan aku berharap kau masih sendiri
aku masih menjaga perlakuan ku, dan aku berharap kau seadanya,
aku masih berusaha ke arah kebaikkan, dan aku berharap engkau pun begitu
dan sesungguhnya, engkau PERMATAku..
4.53am,shah alam




0 investigator:
Post a Comment