salam n hye blog..
okai, kali ni nak cerita pasal pengalaman aku sepanjang ikut Konvoi Ramadhan Selangor (KRS)..
Jumaat
- berkumpul di shah alam, dan bertolak ke unisel BJ untuk sesi taklimat dan perasmian oleh TNC HEP. Ada sama-sama tetamu dari Maahad Tahfiz Terengganu.. sungguh, tengok pelajar perempuan bertudung labuh, berjubah..aku jadi dengki,cemburu,iri hati..kenapa bukan aku yang sedemikian?dan dalam masa yang sama, aku kagum tengok tingginya istiqamah adik-adik tu.. semoga mereka terus istiqamah dalam bidang tahfiz..ameenn.. (:
- selepas taklimat dan solat zohor, peserta konvoi berpecah ikut perancangan..peserta Unisel Shah Alam(usa) bertolak ke sepang manakala pelajar Unisel Bestari Jaya(ubj) ke daerah sabak bernam.dan ada juga yang ke arah program anak angkat. *selamat jalan semua
- tiba di sepang, sekitar waktu asar. selepas solat asar, peserta di benarkan melakukan aktiviti sendiri. so, apa lagi..aku berjalan-jalan melihat kawasan lah..ehe.. sampai waktu berbuka,kemudian solat terawih dengan penduduk sekitar.
Sabtu
- program membersihkan kawasan masjid.
tengok laaa.. saye rajin bekerja..;p
kemudian aktiviti meyampaikan bantuan dari rumah ke rumah.misi menyampaikan bantuan..*aku terkilan, sebab kalo lah pt dah masuk, boleh aku derma sikit pada yang memerlukan..
- selepas zohor, bergerak ke daerah banting, sijangkang.. bersama-sama dengan ADUN daerah dan wakil Harakah untuk sesi misi menyampaikan bantuan jugak..insaf sekejap..tp, kampung-kampung sijangkang agak cantik.. oh ya, dari satu rumah ke satu rumah, kitorang di asingkan untuk naik kereta..pehh.. kereta yang aku naik, best gila! ntah bila dapat naik keta sendiri cmtu..hehe..
- berbuka dan solat terawih berjemaah dengan penduduk sana.. sempat berborak dengan makcik ajk masjid tu.. bertanya tentang imam yang sedang mengetuai terawih tu..*saye buat 8 je..;p.. makcik tu cakap, itu budak dari tahfiz..subhanallah..sedap bacaan dia.. aku rela dia baca surah panjang-panjang..hehe
- pastu, gerak pergi ke klang.. masa ni pengumpulan peserta-peserta konvoi dari shah alam dan bestari jaya.. meriah.. ^^.. dan kitorang peserta perempuan, tido kat Dewan Putra.. *ouh, aku mencari kelibat seseorang..hampa.. sebab tak jumpa pada mulanya.. tapiiii.. jumpa keesokkannye.. masa nak sahur..tp, dari jauh je..;p
Ahad
- pembahagian tugas! aku pegi ke masjid sungai udang dengan geng2 shah alam untuk membantu/khidmat masyarakat kat sana..dan aktiviti membuat bubur lambuk.. best!!
ok laa.. tunjuk gambar.. dah malas nak cerita..
berebut nak kacau bubur lambuk dengan budak baju putih tu..arghh.. dengki!!
best tau.. saje je pakcik2 tu suruh berenti.. :(


sesi sumbangan..hehe..



0 investigator:
Post a Comment